Alangkah
sedapnya jika bunga betik dimasak kerabu. Tetapi jika ianya terlalu pahit pasti
mengundang rasa kurang enak. Oleh itu, ada cara untuk menghilangkan rasa pahit
pada bunga betik. Caranya ialah dengan memasukkan beberapa helai daun jambu
batu bersama bunga betik ketika merebus. Apabila bunga betik telah lembut,
baru keluarkan daun jambu batu tersebut dan toskan airnya. Anda boleh mengambil
langkah seterusnya dengan memasak menu yang digemari.
Isnin, 3 November 2014
Petua Melembutkan Cucur Bawang
Mungkin ada yang tertanya-tanya cara mendapatkan cucur yang lembut di dalam tetapi garing diluar tanpa memasukkan sebarang serbuk penaik. Caranya ialah masukkan
sedikit demi sedikit air panas ke dalam adunan tepung yang telah dicampur
sayur-sayuran seperti lobak merah, udang atau ikan bilis dan bawang yang telah
dimayang halus.
Gaul adunan hingga rata. Pastikan bancuhan ketika itu agak keras. Selepas itu campurkan sedikit tepung gandum, sedikit garam dan air putih (biasa) sedikit demi sedikit hingga adunan lembut.
Tujuan mencampurkan sedikit tepung dan air putih adalah untuk mempercepatkan menggoreng. Cucur akan menjadi garing di luar tetapi lembut di dalam. Jika kita menggunakan air panas semata-mata, cucur yang digoreng akan menjadi lebih berminyak.
Gaul adunan hingga rata. Pastikan bancuhan ketika itu agak keras. Selepas itu campurkan sedikit tepung gandum, sedikit garam dan air putih (biasa) sedikit demi sedikit hingga adunan lembut.
Tujuan mencampurkan sedikit tepung dan air putih adalah untuk mempercepatkan menggoreng. Cucur akan menjadi garing di luar tetapi lembut di dalam. Jika kita menggunakan air panas semata-mata, cucur yang digoreng akan menjadi lebih berminyak.
Sumber :
Majalah Anis Februari 2006
Isnin, 27 Oktober 2014
Step by Step Cara Membuat Kuih Denderam
Kuih denderam atau juga dikenali sebagai kuih peniaram atau kuih telinga keling atau kuih telinga hindu, disebabkan warnanya yang gelap. Ia merupakan sejenis kuih manis tradisional yang sedap rasanya.
Resipi Kuih Denderam
Oleh : Sajian Hati
Bahan-bahan
:
700 gram
gula merah
200 gram
gula putih
1 kg
tepung beras
2 cawan
air
1 cawan
tepung gandum
Cara
Membuatnya :
Campurkan
gula merah dan gula putih di dalam periuk. Masak gula merah dan gula putih
bersama 2 cawan air sehingga gula larut dan mendidih. Pastikan ia mendidih
kerana kuih ini memerlukan air gula yang panas ketika membancuhnya.
Ayak
tepung gandum dan tepung beras. Kemudian, masukkan gula yang dimasak tadi ke
dalam tepung dengan menapis gula tersebut terlebih dahulu menggunakan penapis.
Jika masih keras dan tidak boleh dikacau, boleh tambahkan sedikit air panas.
Keesokannya, uli doh tersebut dengan
menggunakan tangan. Uli hingga rata seperti di dalam gambar.
Ambil
plastik besar dan sapukan minyak di permukaan plastik tersebut agar doh tidak
melekat. Canaikan doh di atas plastik.
Kemudian, tekan dengan menggunakan acuan kuih
denderam.
Jika tiada acuan tersebut, boleh juga
menggunakan objek bulat dan ditekan. Seterusnya, tebukkan lubang di tengahnya.
Panaskan
minyak dan goreng sehingga masak. Biarkan ia sejuk dan masuk angin agar kuih menjadi lembut. Sedap juga dimakan ketika masih panas. Selamat mencuba :)
Sabtu, 25 Oktober 2014
Keropok Ubi Kayu
Sebelum digoreng |
Bahan-bahan
:
3 cawan ubi kayu yang diparut
1 sudu besar cili kisar
Jintan manis (ditumbuk)
Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
3 sudu besar tepung ubi
Garam
Gula
Sedikit air (jika perlu)
Sedikit air (jika perlu)
Cara
Membuatnya :
1. Gaulkan kesemua bahan-bahan di
atas sehingga rata.
2. Panaskan periuk pengukus. Ambil
tudung periuk atau loyang dan sapukan sedikit minyak.
3. Tempekkan ubi parut ke
permukaan tudung periuk tersebut. Bentukkan bulat dan ratakan senipis
yang boleh.
4. Kukus sehingga masak. Angkat
tudung periuk dan kopek adunan perlahan-lahan.
5. Aturkan ke atas dulang dan jemur di bawah matahari sehingga
kering.
6. Goreng dengan minyak panas
seperti menggoreng keropok biasa.
7. Sedia untuk dinikmati.
7. Sedia untuk dinikmati.
Kek Coklat Tanpa Telur
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko*
1 sudu kecil serbuk penaik*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula halus
1/3 cawan minyak masak sayuran @ minyak
jagung
3/4 cawan air kopi panas @
nescafe
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil cuka @ jus lemon
Cara
Membuatnya :
1. Sediakan loyang kek. Griskan
dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 oC.
2. Di dalam mangkuk adunan,
ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan
selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk
kayu @ spatula. Pastikan air kopi betul-betul panas.
4. Masukkan cuka dan terus kacau
serta-merta selama 20 saat.
5. Tuangkan cepat-cepat adunan ke
dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak (suhu
bergantung pada jenis oven masing-masing).
6. Setelah masak, sejukkan kek semalaman
sebelum dipotong.
Nota:
1. Gunakanlah cawan dan sudu
metrik untuk menyukat bahan-bahan.
2. Fungsi cuka antaranya adalah
untuk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa
dibakar.
3. Sukatan atau resipi ini adalah untuk satu loyang kecil sahaja.
4. Sumber resipi daripada blog DayangJack.
3. Sukatan atau resipi ini adalah untuk satu loyang kecil sahaja.
4. Sumber resipi daripada blog DayangJack.
Bubur Jagung Lemak Manis
Bahan-bahan
:
5 tongkol jagung manis (dihiris)
5 tongkol jagung manis (dihiris)
Gula putih
Santan
Sedikit susu cair
Daun pandan (diikat)
Sagu
Sedikit garam (untuk rasa lemak)
Cara
Membuatnya :
1. Isi jagung direbus
sehingga masak.
2. Masukkan gula secukup rasa dan biarkan sebentar.
3. Masukkan santan, daun pandan, susu cair dan garam. Tunggu
hingga mendidih.
4. Akhir sekali, masukkan sagu dan tunggu hingga sagu masak.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Khamis, 16 Oktober 2014
Cara Membuat Sos Cili di Rumah
Bahan-bahan
:
100 gram cili kering (dibersihkan
dan dibuang biji)
300 gram gula
Garam mengikut rasa
30 gram bawang putih
30 gram tepung ubi @ kanji
ubahsuai
Air
½ cawan cuka
Cara
Membuatnya :
1. Cili kering dibersihkan dan
dibuang bijinya, rendam semalaman.
2. Bawang putih yang telah
dibersihkan dihancurkan bersama cili yang telah direndam dengan menggunakan
mesin pengisar.
3. Masukkan campuran yang telah
dikisar ke dalam periuk dan panaskan sehingga hilang bau cili.
4. Masukkan garam dan kacau
rata-rata.
5. Masukkan gula yang telah
dicampur dengan tepung ubi @ kanji ubahsuai. Kacau rata-rata.
6. Didihkan sehingga mendapat
kepekatan yang dikehendaki. Masukkan cuka dan kacau lagi.
7. Angkat dan isikan ketika panas
ke dalam botol yang bersih.
8. Tutup botol segera dan sejukkan.
8. Tutup botol segera dan sejukkan.
Langgan:
Catatan (Atom)