Isnin, 18 Jun 2018

Biskut Arab Azlina Ina





Sumber Resipi :
Facebook Azlina Ina

Bahan Untuk Biskut :

1/2 cawan minyak sapi
1 sudu besar gula halus
1/2 cawan susu tepung
1 1/4 cawan tepung gandum cap Ros


Bahan Untuk Menyalut :

1/2 cawan gula aising
1/4 cawan susu tepung


Cara Membuat Biskut :

1. Campurkan minyak sapi, gula halus dan susu tepung.

2. Kacau rata adunan dengan menggunakan senduk.

3. Ayak tepung gandum dan masukkan satu cawan dahulu ke dalam adunan.

4. Kemudian, tambah sedikit demi sedikit tepung sambil mengguli.

5. Uli hingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.

6. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan.

7. Hias dengan ceri merah atau hijau yang telah dipotong.

8. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 170oc selama 15 minit api atas dan bawah.


Cara Menyediakan Bahan Untuk Menyalut :

1. Masukkan biskut dalam cawan kertas.

2. Satukan susu tepung dan gula aising. Kacau hingga sekata.

3. Taburkan ke atas kuih hingga cukup rasa manisnya.

4. Sedia untuk dihidang.

Isnin, 4 Jun 2018

Biskut Nestum Ranggup





Sumber Resipi :
Facebook 

Bahan-bahan :

250 gram buttercup
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
2 cawan Nestum
1 cawan gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :

1. Pukul buttercup dengan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati.

3. Masukkan Nestum, tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga menjadi doh.

4. Jika masih lembut, masukkan lagi tepung jagung hingga tidak melekat di jari.

5. Bentukkan biskut dan salut dengan Nestum atau letakkan manik.

6. Bakar sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.

Ahad, 3 Jun 2018

Lempeng Oat




Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan oat
Air @ santan @ susu cair
Garam dan gula secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat.

2. Masukkan oat, garam dan gula.

3. Seterusnya masukkan santan secukupnya. Kacau hingga sekata.

4. Adunan tidak boleh terlalu pekat atau terlalu cair.

5. Panaskan kuali atau pemanggang ajaib.

6. Jika menggunakan kuali biasa, letakkan sedikit minyak agar tidak melekat.

7. Tuang satu senduk adunan dan ratakan mengikut tebal yang diinginkan.

8. Biarkan sehingga masak dan alihkan kuih tersebut.

9. Tunggu hingga bahagian kuih sebelah lagi masak dan angkat.

10. Sedia untuk dihidang.

Ahad, 29 April 2018

Kek Mentega Milo

Kek Mentega Milo

Kek Mentega Milo

Kek Mentega Milo

Kek Mentega Milo

Bahan-bahan :

1 cawan mentega
1 cawan gula halus
5 biji telur ayam saiz besar (jika kecil guna 6 biji)
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung berserbuk penaik
6 sudu besar serbuk milo @ secukupnya.


Cara Membuatnya :

1. Putar mentega dengan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan telur sebiji demi sebiji. 

3. Masukkan tepung berserbuk penaik yang telah diayak.

4. Kemudian masukkan serbuk milo.

5. Kacau hingga rata dan sebati.

6. Sapu loyang dengan sedikit marjerin agar kek tidak melekat.

7. Tuang adunan kek dalam loyang dan bakar sehingga masak.

8. Cucuk kek menggunakan lidi untuk memastikan kek sudah masak atau belum.

9. Jika tiada sisa kek melekat pada lidi, bermakna kek sudah masak.

10. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

Ahad, 22 April 2018

Kek Mentega Marble Milo

Kek Mentega Marble Milo

Kek Mentega Marble Milo

Kek Mentega Marble Milo

Kek Mentega Marble Milo

Kek Mentega Marble Milo

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
5 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung berserbuk penaik
4 sudu besar serbuk milo @ secukupnya.


Cara Membuatnya :

1. Putar marjerin dengan gula hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan telur sebiji demi sebiji.  Putar lagi hingga sebati.

3. Masukkan tepung berserbuk penaik yang telah diayak.

4. Kacau hingga rata dan sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.

5. Satu bahagian dibiarkan kosong dan satu lagi masukkan serbuk milo.

6. Sapu loyang dengan sedikit marjerin agar kek tidak melekat.

7. Tuang adunan kek dalam loyang dan bakar sehingga masak.

8. Cucuk kek menggunakan lidi untuk memastikan kek sudah masak atau belum.

9. Jika tiada sisa kek melekat pada lidi, bermakna kek sudah masak.

10. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

Isnin, 19 Mac 2018

Samperit Susu Salina Ismail



Sumber Resipi :
Salina Ismail

Bahan-bahan :

1 cawan buttercup
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu tepung ubi
3 cawan tepung jagung
Coklat chip


Cara Membuatnya :

1. Sebatikan buttercup, susu pekat dan esen vanila.

2. Kacau sebati menggunakan senduk kayu dan tidak perlu pukul hingga kembang.

3. Kemudian, masuk tepung ubi dan tepung jagung.

4. Jika doh masih lembut tambahkan tepung jagung sampai tidak melekat di tangan.

5. Selepas itu, boleh tekan dengan menggunakan acuan samperit.

6. Letakkan coklat chip atau ceri sebagai hiasan.

7. Biarkan 1 jam baru dibakar untuk elak bunga jatuh.

8. Bakar pada suhu 170oC api atas dan bawah sehingga masak.

9. Sedia untuk dihidang dan dinikmati bersama keluarga.

Sabtu, 6 Januari 2018

Spageti Chickenara Mushroom Ala Pedas




Bahan-bahan :

Spageti
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos pasta cendawan Prego (ikut rasa masam yang disukai)
Isi ayam (dicincang)
Daging burger (dipotong)
Gula dan garam secukup rasa
Minyak zaitun


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.

2. Masukkan cili kisar dan masak sekejap agar cili masak.

3. Masukkan isi ayam dan daging burger.

4. Tunggu hingga isi ayam masak dan lembut.

5. Kemudian, masukkan sos pasta cendawan Prego dan sedikit air.

6. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

7. Masak hingga mendidih, tutup api.


Cara Memasak Spageti :

1. Masukkan air yang banyak ke dalam periuk.

2. Masukkan juga garam dan satu sudu teh minyak zaitun.

3. Masak hingga mendidih dan masukkan spageti.

4. Biarkan hingga spageti masak dan lembut.

5. Angkat dan toskan airnya.

6. Sedia dihidang bersama sos spageti yang dimasak tadi.