Karipap Gulung

Jumaat, 5 Oktober 2012

Karipap Gulung


Karipap Gulung


Bahan Untuk Kulit :

500 gram tepung gandum (diayak)
3 sudu marjerin (dipanaskan sehingga cair)
Sedikit garam


Bahan Untuk Inti :

1 kg ubi keledek (dipotong dadu)
Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
24 gram rempah kari daging (lebih kurang 5 sudu besar)
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah (dihiris)
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula


Cara Membuat Kulit :

Masukkan marjerin yang telah dicairkan ke dalam tepung gandum. Gaulkan.

Kemudian masukkan air garam sedikit demi sedikit. Uli hingga doh menjadi licin dan tidak melekat pada tangan.

Kemudian bolehlah dibentuk untuk menghasilkan karipap gulung.


Cara Membuat Inti :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bawang merah dan juga daun kari. Tumis hingga bawang kekuningan dan naik bau.

Bancuh rempah kari dengan sedikit air. Kacau hingga sebati. Masukkan bancuhan tersebut ke dalam kuali.

Setelah itu masukkan  ikan bilis, ubi keledek, gula dan garam secukup rasa. Tutup permukaan kuali dengan tudung periuk.

Hendaklah dibuka dan dikacau selalu. Masak hingga ubi keledek empuk dan airnya kering. Tutup api. Sedia untuk membuat karipap gulung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan