Semasa disejukkan |
Setelah dipotong |
Bahan A :
½ cawan agar-agar bertali
2 ½ cawan air
Gula secukupnya
Dua helai daun pandan diikat
Pewarna merah, hijau dan kuning
Bahan B :
1 cawan agar-agar bertali
5 cawan air
½ tin susu pekat
Dua helai daun pandan diikat
Gula secukup rasa
Cara Memasak Bahan A :
Rebus agar-agar bersama 2 ½ cawan air hingga hancur. Masukkan juga daun pandan.
Setelah hancur, masukkan gula secukupnya. Tunggu hingga mendidih dan padamkan api.
Bahagikan agar-agar kepada tiga bekas. Setiap bekas dimasukkan dengan warna yang berlainan iaitu hijau, kuning dan merah. Tunggu hingga agar-agar keras.
Apabila agar-agar telah keras. Potong agar-agar berbentuk dadu kecil-kecil. Masukkan agar-agar yang dipotong tadi ke dalam loyang. Langkah seterusnya ialah dengan memasak bahan B pula.
Cara Memasak Bahan B :
Masak agar-agar bersama 5 cawan air hingga hancur. Masukkan juga daun pandan agar lebih wangi.
Setelah itu, masukkan gula dan susu. Tunggu hingga mendidih. Tutup api dan tuangkan agar-agar susu ke dalam bahan A iaitu agar-agar yang dipotong dadu tadi.
Tunggu hingga agar-agar keras. Jika ingin agar-agar lebih cepat keras masukkan ke dalam peti sejuk.
Kemudian bolehlah dipotong untuk dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan