Serabai

Khamis, 15 September 2011

Serabai

Serabai

Bahan Untuk Serabai : 

500 gram tepung beras
300 gram nasi (kisar bersama sedikit air)
1 liter santan (dimasak hingga suam atau diperah menggunakan air suam)
1 ½ sudu kecil yis kering (mauripan)
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Kuah : 

1 cawan gula perang
2 cawan santan
Isi durian atau lempok secukupnya
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan (diikat)
Sedikit tepung gandum jika mahu kuah pekat.


Cara Membuat Serabai

Campurkan mauripan dengan santan suam. Kacau sebati dan campurkan kesemua bahan serabai hingga sebati dan peram sehingga 2 jam (kecairan bancuhan sama seperti membuat kuih cara).

Panaskan acuan serabai dan sapukan sedikit minyak.

Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan serabai dan masak hingga adunan masak di atas api kecil. Buat hingga habis adunan. 

Cara Membuat Kuah : 

Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat. 

Siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan