Bahan-bahan
:
1 tin kecil sardin (dihancurkan
bersama sos)
1 biji bawang besar (dipotong
dadu)
3 biji ubi kentang (dipotong
dadu)
1 biji limau kasturi @limau nipis
Cili padi (dihiris kecil)
Sedikit sos cili (jika suka)
Garam secukup rasa
Kulit popia
Cara
Membuatnya :
1. Panaskan minyak, masukkan
bawang dan juga cili padi.
2. Tumis hingga bawang layu.
3. Masukkan ubi kentang dan ikan
yang telah dihancurkan.
4. Masukkan juga sedikit air dan perahan
limau.
5. Masak sehingga ubi empuk dan airnya
kering.
6. Tutup api dan campurkan
sedikit sos cili.
7. Kacau hingga sebati dan
biarkan ianya agak sejuk.
8. Letakkan inti sardin di atas
kulit popia dan gulungkan dengan kemas.
9. Panaskan minyak dan goreng
sehingga masak.
10. Sedia untuk dinikmati.
sedap ni
BalasPadamMG dah pas buat yg ni
nk buat yg besambal lak :)
Oh ye ker.. teruskan usaha :)
Padam