Sumber Resipi :
Facebook Azlina Ina
Bahan Untuk Biskut :
1/2 cawan minyak sapi
1 sudu besar gula halus
1/2 cawan susu tepung
1 1/4 cawan tepung gandum cap Ros
Bahan Untuk Menyalut :
1/2 cawan gula aising
1/4 cawan susu tepung
Cara Membuat Biskut :
1. Campurkan minyak sapi, gula halus dan susu tepung.
2. Kacau rata adunan dengan menggunakan senduk.
3. Ayak tepung gandum dan masukkan satu cawan dahulu ke dalam
adunan.
4. Kemudian, tambah sedikit demi sedikit tepung sambil
mengguli.
5. Uli hingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.
6. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan.
7. Hias dengan ceri merah atau hijau yang telah dipotong.
8. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 170oc selama
15 minit api atas dan bawah.
Cara Menyediakan Bahan Untuk Menyalut :
1. Masukkan biskut dalam cawan kertas.
2. Satukan susu tepung dan gula aising. Kacau hingga sekata.
3. Taburkan ke atas kuih hingga cukup rasa manisnya.
4. Sedia untuk dihidang.