Bahan-bahan :
1 cawan butter
3 sudu besar besar susu pekat manis
2 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
Pandan emulco
3 ¼ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
Cara Membuatnya :
1. Campurkan butter, susu, minyak sapi, kuning telur dan
pandan emulco.
2. Kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu.
3. Masukkan satu cawan tepung gandum ke dalam adunan butter.
4. Letakkan juga tepung jagung dan tepung kastard. Kacau rata.
5. Kemudian tuang baki tepung sedikit demi sedikit.
6. Uli dalam 3 minit sehingga menjadi doh yang lembut dan
cantik.
7. Terap ikut acuan kesukaan, isi jem dan gulung.
8. Sapu dengan kuning telur yang ditambah sedikit pewarna
kuning.
9. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 170oC
selama 15 minit.