Bahan-bahan
:
1 cawan marjerin
½ cawan gula halus
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna
Jem blueberry secukupnya
Cara
Membuatnya :
Pukul marjerin dan gula halus
hingga kembang. Kemudian, masukkan esen vanila dan sedikit pewarna. Kacau lagi.
Seterusnya, masukkan tepung
gandum dan tepung jagung. Uli doh hingga sebati. Jika masih lembut, masukkan
tepung jagung lagi.
Canai doh dan terap menggunakan
acuan bunga. Letakkan jem blueberry di tengahnya.
Bakar hingga masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan