Bahan-bahan
:
2 batang jagung (dihiris isinya)
1 labu bawang besar (cincang)
2 biji cili merah @ cili kering (dihiris
dan dicincang)
3 cawan tepung gandum
Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
Air panas
Air biasa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng)
Cara
Membuatnya :
Campurkan tepung gandum, ikan
bilis, isi jagung, gula, bawang besar dan cili merah.
Masukkan air panas dan kacau.
Jangan masukkan terlalu banyak air panas kerana boleh menyebabkan cucur terlalu
lembut.
Seterusnya, masukkan air garam
dan air secukupnya. Kacau hingga sebati.
Goreng adunan tadi dengan menggunakan
sudu satu persatu. Masak hingga warna keemasan dengan api yang sederhana kecil
dan angkat.
Hidangkan bersama sos cili atau
sos tomato.
Sedia untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan