Bahan-bahan
:
½ ekor ayam (dipotong kecil)
2 cawan beras
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
1 bungkus kecil perencah sup (lebih kurang 5 sudu besar dan
dibancuh dengan sedikit air)
Sayur sawi
Daun sup dan daun bawang
Santan
Garam secukup rasa
Cara
Membuatnya :
1. Masak beras dengan air yang banyak sehingga hancur.
Hendaklah dikacau selalu agar tidak berkerak dan nasi hancur dengan baik.
2. Sementara menunggu nasi lembut, panaskan sedikit minyak dan
tumis bahan yang ditumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Setelah bawang menjadi kuning, masukkan perencah sup, ayam
dan sedikit garam. Tambahkan air jika terlalu kering. Masak hingga ayam lembut. Tutup api.
4. Apabila nasi telah hancur dan lembut masukkan sayur sawi.
Biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan ayam yang dimasak tadi bersama kuahnya.
Masukkan juga santan dan garam secukup rasa.
6. Tunggu hingga mendidih. Taburkan daun sup dan daun bawang.
Sedia untuk dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan