Bahan-bahan
:
Roti Sandwich (dipotong)
Coklat masakan
Nestum
Cara
Membuatnya :
1. Gunakan gunting atau pisau,
potong bahagian tepi roti. Kemudian, potong panjang-panjang dan potong dua
pula.
2. Susun rapat-rapat roti di atas
dulang kerana ia tidak akan melekat. Tetapi jangan susun terlalu berlapis untuk
mengelak masak tidak sekata.
3. Bakar pada suhu 120 oC
selama 15 minit sehingga kekuningan. Pastikan bahawa roti betul-betul rangup.
4. Cairkan coklat masakan dengan
cara masukkan
coklat dalam mangkuk kemudian letak dalam periuk berisi air (double boiler).
5. Masak hingga coklat masakan
menjadi cair.
6. Masukkan roti yang telah
dibakar. Ratakan coklat kesemua permukaan roti.
7. Angkat dan salutkan dengan
Nestum.
8. Biarkan coklat keras dan boleh
disimpan dalam bekas kedap udara.