Bahan
Untuk Membuat Roti Canai :
1 kg tepung gandum
2 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
1 biji telur
Air suam
Garam secukup rasa
Air biasa
Bahan
Untuk Membuat Kuah :
1 ½ cawan kacang dhal
7 sudu besar serbuk kari daging
Garam secukup rasa
1 biji ubi keledek (dipotong
dadu)
Ikan bilis (ditumbuk)
Minyak (untuk menumis)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Daun kari
Air
Cara
Membuat Roti Canai :
1. Masukkan tepung gandum, marjerin,
telur, gula dan garam di dalam bekas.
2. Gaulkan sehingga sekata.
3. Tuangkan air suam dan gaulkan
lagi.
4. Masukkan air biasa dan uli
sehingga doh lembut tapi tidak melekat.
5. Setelah siap bolehlah
bentukkan bulat-bulat kecil.
6. Tuangkan minyak di dalam bekas
dan masukkan doh tersebut.
7. Perap selama 4 hingga 5 jam
dan kemudian bolehlah dicanai.
8. Goreng dengan sedikit minyak
sehingga garing.
9. Sedia dinikmati bersama kuah
kacang dhal.
Cara
Membuat Kuah :
1. Rendam kacang dhal semalam.
Kemudian rebus sehingga empuk.
2. Lenyek-lenyekkan kacang dhal
tersebut dan masukkan ubi keledek.
3. Rebus lagi sehingga ubi empuk.
4. Di dalam periuk lain, panaskan
sedikit minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan daun kari.
5. Tumis hingga naik bau dan
masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
6. Masak sehingga pecah minyak
dan tuangkan ke dalam periuk yang berisi kacang dhal.
7. Masukkan air secukupnya dan
tambahkan garam serta ikan bilis.
8. Biarkan sehingga mendidih dan
tutup api.
9. Hidangkan roti canai bersama
kuahnya.